Wednesday 17 August 2011

dari nokia 1616 ke sayatelefon4

  Pada zaman dahulu.. ada seorang pemuda yang sangat berjimat cermat..dia tidak akan membeli barang2 yang dirasakan tidak perlu.. sebagai ekzampel, telefon bimbit.. Baginya, telefon bimbit memadailah sekadar boleh bercakap dan menghantar mesej.. berpegang kepade prinsip itulah, beliau setia dengan telefon bimbit nokia 1616 yang dibelinya dgn harga 100 rm itu .......




     Tapi itu cerita dahulukala ibarat alkisah parameswara membuka negeri melaka... keadaan berubah ibarat flash kamera.. Setelah sampai di Amerika Syarikat, si pemuda tersebut mendapati tiada talian langsung yg terpapar pada telefon bimbit nokia 1616-nya itu.. alangkah kuciwanya pemuda tersebut.. "macam mane nak telefon mak???... macam mane nak telefon Si dier?? "... ujar beliau bermonolog sendirian...

      Rentetan drpd peristiwa tersebut.. pergilah si pemuda tersebut menjelajah pusat membeli-belah di Ames itu bagi mengubat hatinya yang masih masam mencuka.. dalam sibuk-sibuk berwindow shopping, ternampaklah beliau bahwasanya terdapat ramai sungguh epal di situ.. rata2 manusia di situ memegang epal di tangan masing2.. bermacam-macam jenis epal.. epal hijau.epal merah.sayatelefon.sayaalas dan juga buku bulan 3..  teruja sungguh si pemuda melihat akan pemandangan tersebut.. lantas terlintas di dalam hati kecilnya untuk 'join the community'
     
    Tanpa membuang masa lagi.. berlari-lari kecillah si pemuda tersebut mencari gerai epal yang berdekatan.. Setelah hampir sejam dibasuh otak oleh jurujual gerai tersebut, maka tanpa berfikir masak-masak.. pemuda tersebut pon membeli sebijik epal yang berjenis sayatelefon.. alangkah gumbira tidak terkira si pemuda itu.. sudah terngiang-ngiang dalam kepala otaknya untuk menghubungi bonda dan adinda-nya yang terchenta menggunakan sayatelefon itu.. walaupun terpaksa berhabisan uwang, namun kepuasan yang hakiki juga yang dicari pemuda tersebut.. semenjak daripada hari itu, tidak berpisahlah si pemuda tersebut dengan sayatelefon-nya itu...


                                                                         nokia 1616

    
                                                                  sayatelefon4

p/s: illusitrasi adalah gambaran google semata-mata







  

No comments:

Post a Comment