Tuesday 24 April 2012

cinta perlu dicari .. lalu jodoh akan diberi :)

bismillah...

dalam sibuk aku study ..aku teringat pasal blog aku ni... aku rasa aku perlu update pasal sesuatu :) walaupun benda ni menunjukkan aku tak focus :o hehe! okay apa yang aku nak bincangkan pada petang ni yew ?? sementara otak aku ni dah increase ICP  sebab buat soalan yang tough tadi .. so aku nak release nya dengan cara update blog  :D

Dr. lovee??haha ! *apasal lah aku gelak sesorang :p* ni adalah nama panggilan aku yang *famous kemain dalam kalangan geng2 aku dekat kolej dan juga classmate aku* sebab apa ?? aku pun tak tahu la... so as a good listener yang berjaya.. siapa ada terasa terasa ke .. diorang kadang kadang datang kat aku ...hehe ! aku pon akan tadah telinga dekat diorang time tuh :)

Dr. Cinta . geli pulak aku nak sebut :p



setiap manusia akan ada perasaan macam ni kan? :) sebenarnya dalam Islam memang tak ada istilah 'couple' ..  herm... kadang-kadang pasti ada yang pandang serong dekat aku.... contoh situasi :

' Ish, lama giler dia couple beb.. mesti macam macam maksiat yang dia dah penah buat kan??'

'Ish ! bosan la couple lame2.. nanti kalau couple lame2 kalau kawen mesti sekejap je kan?? orang tua-tua selalu cakap macam tuh.. then orang muda cakap apa?' 


'takda orang lain ke selama korang couple lama-lama ni? tak boring ke asyik dia je ?? nanti dah kawin dah tak de seri'


erm... situasi macam ni dah biasa dah aku tempoh...herm.. bagi aku, *ini pendapat aku sendiri. kalau korang rasa tak dapat terima.. cepat2 la korang tekan 'X' dekat lappy korang tuh ea' bagi pendapat aku kalau korang nak couple boleh.. tapi jangan lah sampai lampau batas.. Allah s.w.t bagi korang akal kan? guna kanlah akal tuh sebaik yang boleh...  :) mesti nak cakap kat aku

 ' alaaa.. senang la cakap.. cube buat tengok.. aku tengok ko pun pegang tangan :)

setiap apa yang kita lakukan dalam hidup mesti ada kesilapan ... dan kesilapan itu boleh kita perbaiki sikit demi sedikit...
andai engkau tak mampu berubah secara drastik... tapi pastinya engkau mampu berubah sikit demi sedikit kan?asalkan kita berubah kearah yang lebih baik :)

herm.. kawan kawan aku selalu mengadu yang diorang susah nak cari pasangan :) kalau yang dah ada pon mesti cakap pasangan tak faham la... itu lah ini lah...then.. kadang kadang otak aku ni pon blur jugak.. nak jawab apa kat diorang -__-!

kalau yang tak ada pasangan tuh.. selalu aku nasihat begini..

' kalau kita jadi awak, kita lebih gembira kalau kita jadi single, kenapa? 1: tayah nak serabut otak fikir pasal dia... sebab Allah akan bagi kita orang yang terbaik suatu hari nanti... and time kita single mesti kita akan ingat Dia .... betul tak?? kalaulah ada orang nak dekat kita sekarang ni.kita akan terus ajak kawin.. je .. (kalau betul dia ikhlas la :) )

kalau yang dah ada pasangan . kalau yang selalu bergaduh,aku akan jawab macam ni :

' erm... kita hidup ni macam macam orang kita akan jumpa kan?? dan macam perangai kita kene mengadap' kadang kadang .. ikot nasib jugak.. kalau awak dapat orang yang panas baran... awak kena lah jadi air :) .. kalau awak dapat orang tuh jenis air .. semestinya awak jenis yang panas baran :) so.. apa yang penting... jangan fikirkan diri sendiri aje.. fikir orang lain jugak :) kalau rasa dia dah tak sesuai untuk kita .. tinggalkan dia dengan cara baik, mungkin ini jalan yang terbaik... sebab..Jika Allah dah tetapkan itu jodoh kita... pasti dia untuk kita :) so.. apa nak bimbangkan?? semestinya awak lebih mengenali 'diri dia' daripada kita mengenai dia.. jadi.. awak mesti tau macam mana nak pujuk hati dia kan??dan jangan sekali bandingkan dengan orang lain'

teringat aku dengan kata kata seorang Ustazah..sewaktu aku dengar ceramah di Dewan Mantin :

' Jika benar dia milik kamu... dia tetap akan jadi milik kamu.. . tetapi jika sebaliknya,, Allah pasti akan berikan orang yang lebih baik darinya untuk kamu .. yang dapat membimbing diri kamu suatu hari kelak :)' 

memandangkan ustazah tu kerja sebagai kaunsellor  dipejabat 'orang yang kawin2' ni..dia pon cakap :

sejak tahun 2010-2011.. peratusan penceraian meningkat ! 
apakah puncanya ? dan  saja saya tanya pada pasangan berikut 'pernah tak buat solat jemaah dekat rumah'?? si suami jaga solat tak?? si isteri pula?  kebanyakan jawapan ' hampir 99% memberi jawapan : TIDAK'

selain itu, ingin aku petik nasihat yang pernah disampaikan oleh Wardina : 

jika kita mahu mencari lelaki yang baik, lelaki itu wajib menjaga solat terlebih dahulu... itu adalah salah satu tanda dia hormat dan sayangkan Allah..  kalau dia tak solat 5waktu,.. maksudnya dia tidak hormatkan  pada Allah,.. dan semestinya lelaki itu takkan hormat pada kita.. dan jika lelaki itu berani menyentuh kita .. dia tidak hormat kita.. tetapi menghina kita'

ayat- ayat  ini banyak mengingatkan diri aku sendiri dan juga cik hearty.. yang jahil ni :( 

hidup aku sekarang lebih tenagng . Syukur..  berubah memang mudah.. tetapi untuk mengekalkan perubahan itu tidak mudah seperti apa yang dijangka :)

dengan siapa pun aku nasihat.. dengan siapa pun aku sharekan pendapat... ini adalah asas dalam hidup.. iaitu Doa :) Allah Maha Mendengar.. 



Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.

tidak ada SAHABAT yang ingin melihat kamu kecewa dimainkan oleh perasaan...

No comments:

Post a Comment