Monday 6 February 2012

sometimes less is more :)

bismillah....

alhamdulillah... hari ni hari yang sangat indah.. tq Allah... tadi aku kerja dalam shift petang...ward sangat sangat buzy macam ape je...fening aku... ngeh ! tapi sabar aje la :) belajarr kan ?? 7 jam bekerja 2 kali je aku dapat duduk :( itu pon tak sampai 5 minit... sangat2 buzy...mungkin ini sebagai latihan aku sebelum diiktiraf untuk menjadi seorang nurse tak lame lagi :) amin J

okaylah..itu je aku nak cerita pasal diri aku :)

next !

sedang aku berfikir nak tulis ape la... tentang entry kali ini yer ?? tibe2 curahan idea datang melempah lempah.. sampai banjjir la hostel aku ni dengan idea yang tak seberapa aku ni :) harap entry kali ni dapat beri sedikit info dan pengajaran buat kita semua .. termasuk pada diri aku :) aminnn :)  

aku sangat sukakan fashion,aku suka shopping, dan aku suka kumpul duit dan bazirkan duit.. ngeh ! nasib baik cik hearty jauh.. kalau die dekat Malaysia.. habis beribu duit die aku habiskan :p heheh ! bak kate Ustaz Idrus dalam ceramah yang diHostkan oleh Zizan Raja Lawak haritu... Korang penah dengar tak ni? Ustaz kata begini ' Si suami yang melafazkan 'Aku terima nikahnya sekian sekian  dan sekian dengan mas kawen sekian tunai... adalah bermaksud.. aku terima nikahnya sekian sekian dan dia akan menghabiskan duit aku tunaiiii '...korang faham tak??faham tak?? huhu!

baru baru ni .. aku baru je baca satu artikel..yang aku rase artikel ini dapat membantu aku untuk memantapkan lagi cara aku berpakaian...Ya .. mungkin sebelum ini aku terlalai dalam mengejar fashion (bajet fasinable la konon :p padah??).. tapi aku bertanya pada diri ku semula …

' Apa guna.. baju mahal, aku nampak cantik..sedangkan.. apa yang aku pakai boleh membawa fitnah pada dirii aku sendiri??'

dari dulu hingga sekarang... aku memang tak boleh pakai make-up... muka aku sangat allergic dengan make-up..dan selalunya aku akan keluar tanpa pakai apa2 jenis make up..even bedak ....pity me L so plain and pale la muka aku :D

muka pale aku ... kihkih !
tapi bila orang lain pakai.. aku pon macam manusia lain.. pon sebuk nak pakai jugak..huhu! sekali tuh.. aku pakai2.. hanya sekadar ingin mencuba untuk beberapa minit aje..esoknya naik sampai 5 ketul jerawat ! :(
huwaaa! so dah sah dah ni ! aku tak boleh pakai make up ! habis tuh.. kalau aku nak kahwin nanti nak pakai ape? takkan nak pakai bedak Carrie Junior je kot ! urgh! kesian aku :) tapi.. aku tak kesah... aku baru je cari artikel berkenaan tentang  hukum wanita  memakai make-up :) sekarang ni.. macam macam jenis make up ada dipasaran.. eye-liner, blusher, lipstick dan sebagainya ...

dalam artikel baru baru ini yang aku bace.. ustaz itu menjawab persoalan yang ditanya oleh pembaca artikel..
soalan berbunyi begini :)

ustaz..apakah hukum memakai make-up bagi golongan kaum hawa ??

ustaz : hukumnya adalah sunat bagi siapa yang berniat memakai celak adalah untuk menajamkan matanya....kerana memakai celak adalah sunah Nabi s.w.a :) memakai make-up untuk suami adalah sunat.. untuk mengekalkan dan dapat meningkatkan perasaan suami terhadap isteri...tetapi.. ada setengah ulama' berpendapat bahawa.. make-up yang dapat merosakkan kulit muka apabila tua nanti.. lalu ianya jatuh kepada haram atau makruh untuk dipakai :)
pemakaian make-up untuk ditontonan orang bukan muhrim boleh menimbulkan fitnah dekat perempuan tersebut ….

Next !

Tabarruj?? Ape tuh ?? perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).      

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang. 

er... contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.  (ini barulah dipanggil sebagai tabarruj :) )
  
bawah ni... aku copy and paste jew..yela.. aku tak pandai sangat dalam hadis hadis ni.. so aku search jew,kihkih... mungkin boleh jadikan sebagai info untuk kite semua :)

Dalil tentang perkara ini adalah;

            زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن ولا   
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31]. ini dalil untuk pemakaian gelang kaki :)

ini pula dalil cara berpakaian bagi perempuan yang telah baligh :)

    الآيةلِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]

dalil dalam cara pemakaian tudung bagi wanita :)

          جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]

tengoklah. mata aku yang sembap ni :p

sometimes less is more :)


tidak ape jika muka anda plain.. janji anda ada keyakinan diri ... sayangi kulit anda dengan herbalife :)

No comments:

Post a Comment